Ramai orang hari ini biasa dengan umrah. Malah lebih mudah kini ramai yang menunaikan umrah secara DIY [ do it yourself] iaitu pergi umrah tanpa melalui apa-apa pakej umrah yang ditawarkan oleh syarikat umrah. Umrah boleh pergi sepanjang tahun terutama bagi pemegang Visa Pelancong kecuali Musim Haji.
Haji pula hanya boleh ditunaikan pada musim haji yang telah ditetapkan dalam kalendar Islam. Kita perlu mengikut giliran yang telah ditetapkan oleh Tabung Haji Malaysia kecuali membuat rayuan untuk minta diawalkan penggiliran.
Bagi yang pernah menunaikan haji, pasti akan sedar hakikatnya kita hanya perlu melakukan perkara haji hanya 6 hari sahaja. Ianya bermula dari 8 Zulhijjah sehinggalah 13 Zulhijjah.
Bermula dengan 8 Zulhijjah iaitu hari bergerak ke Arafah untuk wukuf.
Masa ni muka saya nampak aje senyum…tanda awal demam dah mula. Seram sejuk aje badan waktu ni. Syukur sempat juga la beli baju sejuk tebal ala-ala coat untuk dipakai di Arafah nanti. Maklum takut la sejuk. Sementara boleh beli kat Bindawood, saya dan suami gagah pergi beli tengahari tu.
Bermalam di Arafah satu malam sahaja.
Pada 9 Zulhijjah ; Selepas Zohor hingga tergelincir matahari kami banyakkan masa mengaji dan duduk berdoa.
Pada malam 9 Zulhijjah rombongan jemaah mula bergerak ke Muzalifah dan Mina untuk urusan melontar Jumrah. Alhamdulilah TH Travel dah siapkan bag uncang dengan batu-batu kecil bagi kemudahan jemaah nak melontar nanti.
Jamrah atau nama lain Melontar Jamrah
Maka kami bermalam di Mina 10 Zulhijjah seawal 2 pagi…. esoknya malam kami akan mula melontar namun kerana ustaz Gani juga kebetulan berada di khemah yang sama iaitu Maktab 112, maka kami join group ustaz Gani melontar jam 5 petang.
Jemaah melakukan ibadah melontar di satu Jamrah (Jamrah Al-Aqaba) pada hari pertama melontar, iaitu 10 Zulhijjah.
Balik dari melontar suami dan anak-anak terus tahlul awal. Malamnya suami ajak kami pulang ke Mekah untuk melengkapkan tawaf haji memandangkan hari menstrual saya makin hampir.
Oh ya, sebenarnya sepanjang buat haji tak perlu pun makan pil tahan haid kerana rukun haji tak memerlukan kita berada dalam wudhu kecuali tawaf haji sahaja. Memandangkan kami nak selesaikan tawaf haji awal, so kami balik ke Mekah pada malam itu untuk selesaikan tawaf Haji.
Pulang semula ke Mina untuk menyiapkan 2 lagi jamrah.
Alhamdulillah ketua jemaah memberi pilihan sama ada jemaah nak buat nafar awal atau nafar thani.
Nafar awal adalah rombongan keberangkatan yang akan meninggalkan Mina lebih awal yakni sebelum senja 12 Zulhijjah berakhir. Sementara Nafar tsani adalah mereka yang masih ingin berdiam sehari lagi di Mina hingga 13 Zulhijjah dan kembali melakukan jumrah.
Kami memilih untuk melakukan Nafar awal maka kami pulang sehari lebih awal dari kebanyakan jemaah.
Namun bila dah selesai semua perkara haji , balik Mekah buat apa?
Banyakkan tawaf sunat dan umrah sahaja selain mengaji quran dan berzikir. Mesti ada yang tertanya, mengapa tak balik Malaysia terus selepas selesai buat haji? Haji hanya 6 hari tetapi kenapa pulang lambat?
Jawapannya : Semasa musim haji, jadual penerbangan sangat terhad. Maklumlah ia melibatkan satu dunia tertumpu nak ke Mekah atas tujuan yang sama iaitu haji. Maka jemaah perlulah pulang pada tarikh yang telah ditetapkan. Kecuali nak minta balik awal, atas dasar keperluan mungkin boleh dipertimbangkan dan mungkin perlu menambah kos penerbangan jika ada.
Belakang tu tempat melontar dan sebelah kanan adalah maktab kami menginap sepanjang di Mina.
Alhamdulillah, selesai cerita haji 1443 kami. Syukur Allah mengizinkan kami menjalani ibadah haji tahun ini. Moga anda semua juga dijemput menjadi duyufurrahman yang seterusnya. Amin.
Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.
Sesampai kami di Jeddah iaitu terminal Haji kami di sambut dengan meriah. Berlenggang tanpa bag [ sebab semua bag saya check in] turun kepal terbang menuju kepada deretan bas yang telah lama bersedia nak bergerak.
Sempat juga saya dan Addin berlari ke tandas yang berdekatan sebelum menaiki bas. Setiap jemaah telah ditentukan bas mana yang perlu dinaiki. Agak-agak semua bilangan penumpang telah dipenuhi, maka bas mula bergerak menuju ke hotel.
Dilayan macam VIP
Oh, berkaitan bag dan bagasi yang telah kami check in di Movenpick KLIA …kami tak perlu mengambil di airport. Ia terus dihantar ke hotel. Rasa macam VVIP sungguh waktu ni. Group Muasasah ataupun pakej waktu ni dapat layan yang sama dari pihak Tabung Haji. Yang membezakan adalah hotel yang jemaah akan menginap di Mekah nanti.
Bagi yang mengikuti Haji secara pakej, kami ditempatkan di Hotel Movenpick Hajar di Mekah dalam Zamzam Clock Tower dan beberapa pakej Tabung Haji yang lain duduk juga dalam Zamzam Clock Tower cuma berlainan hotel. Manakala group Muasasah, majoriti mereka ditempatkan di Hotel Abraj Janadriyah.
Masa hari ketibaan, dalam jam 10 pagi tu… saya dah perasan anak saya Addin mula demam. Mana taknya, semalaman kami tak tidur mendengar taklimat di Movenpick Sepang KLIA, kemudian naik flight sebelah pagi jam 6.55 dan dia dengan berpakaian ehram. Biasanya kami buat umrah, kami akan masuk Madinah dulu…so tak perlu la pakai ehram dalam kapal terbang.
Penempatan hotel di Mekah
Setiba di hotel kami ditempatkan di dewan makan sambil menunggu kunci bilik masing-masing.
Oleh kerana hotel penuh, kami tak dapat ditempatkan bilik bersebelahan tetapi berbeza tingkat. Saya dan suami ditingkat 9 manakala anak kami ditingkat 10. Syukur juga ada Idris yang saya bawa, dapatlah dia tolong tengok-tengokkan Addin dan Nasa memandangkan mereka bertiga sebilik.
Untuk pertama kali menginap di Movenpick Hajar, hotelnya selesa memandangkan saya sebilik dengan suami. Namun saya sentiasa minta suami cek dengan pengurusan haji untuk cuba dapatkan bilik yang sama tingkat dengan anak. 2 hari juga la kami ditingkat yang berasingan. Ia menjadi sukar untuk kami menjenguk anak-anak bila berlainan tingkat ditambah bila ada yang tak sihat atau demam.
Pilihan Ibadah Haji
Pada hari ketibaan, bagi jemaah yang buat haji Ifrad perlu buat tawaf qudum atau nama lainnya adalah tawaf selamat datang. Manakala yang berniat untuk buat haji Tamatuq mereka perlu terus melakukan umrah sejurus masuk ke Mekah. Jemaah sendiri yang menentukan sama ada mereka nak buat Haji Ifrad atau Haji Tamatuq.
Oleh kerana Addin demam, so kami menunda untuk melakukan tawaf qudum pada malam hari…tapi ya la kita hanya merancang Allah yang menentukan. Akhirnya kami cuma dapat buat tawaf Qudum pada keesokkan harinya selepas solat subuh. Oh ya, bila nak tawaf sunat kita perlu keluar ke kawasan Miqat terlebih dahulu. Jadi kami ke Masjid Siti Aishah yang lebih terkenal sebagai Miqat di Tanaem barulah balik ke Mekah semula untuk melakukan tawaf qudum.
Jadi kami dapat buat Tawaf Qudum bersama Saei Haji. Sebab Saei hanya boleh dibuat bersama Tawaf.
Tawaf Sunat
Sementara nak menunggu hari wukuf, kami menyibukkan diri dengan membuat tawaf sunat sahaja memandangkan tiada apa yang boleh dibuat kerana kami berniat Haji Ifrad. Hinggalah sehari sebelum Wukuf saya mengikut suami membuat tawaf sunat jam 10 pagi. Mungkin disebabkan cuaca terik, balik dari tawaf badan saya dah mula seram sejuk macam nak demam. Saya terus mengajak suami ke Bindawood untuk beli baju sejuk takut saya tak tahan masa di Arafah.
Hari Khamis 7 Julai kami dah bersedia untuk bergerak ke Arafah….Bermulalah proses haji itu sendiri yang mengambil masa 6 hari.
Gambar di lobby hotel sebelum menaiki bas untuk gerak ke Arafah.
Gambar kenangan bersama ustaz Gani yang bermimpi kami buat haji bersama.
Gambar di Khemah perempuan di Maktab 112.
Gambar depan Khemah lelaki di Maktab 112.
Nikmat Allah mana yang hendak di dustakan? Nanti saya ceritakan bagaimana demam balik dari tawaf qudum menjemput batuk dan selesema yang berterusan…..
#THtravel
#Hajiifrad
#Wukuf
Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.
Kesinambungan cerita sebelum ini dalam entry Cerita Haji , kali ini nak menyambung penulisan dengan tajuk Cerita Haji part 2
Bila dah dapat tahu secara lisan kami dapat pergi haji, hati ni riang tak terkata. Namun percaya tak, jauh di sudut hati kecil ni terasa takut pun ada sebab ni first time nak pergi haji.
Walaupun dah selalu pergi Umrah, tapi pastinya perasaan tu tak sama. Haji ni special. Ia bukan boleh pergi bila kita nak macam umrah, ia kena ada Panggilan Khas dari Ilahi.
Di saat Allah panggil tu , hati kita akan melonjak-lonjak rasa nak pergi. Waktu tu kita akan sentiasa doa, Ya Allah jemput la aku.
Jujurnya bila dah dapat tawaran haji tu….rasa berdebar pulak.Mana tak nya , banyak persediaan perlu dibuat. Terutama bila kita kena pergi pejabat Tabung Haji ambil surat tawaran, surat nak buat buku kesihatan ….masa tu hati dah rasa bergelora semacam.
Kepala mula meragam
Mulalah dalam kepala fikir macam-macam. Macam mana kalau rasa takut tu buat tekanan darah naik? Macam mana kalau tak dapat pergi? Suami dan anak-anak mesti tak nak pergi kalau aku tak dapat pergi….eh macam macam dalam benak fikiran. Masa belum dapat, kita fikir lain. Bila dah dapat fikir lain pulak.
So pergi la kami ke pejabat Tabung Haji Marang pada Sabtu 25 Jun 2022. Pejabat Tabung Haji patutnya tutup setiap Sabtu tapi memandangkan musim haji jadi pejabat Tabung Haji Marang pun buka la setengah hari. Oh nak dapat surat tawaran pun bukan semudah yang disangka. Ambil masa juga. Setengah hari juga kami di sana.
Selepas dapatkan surat tawaran kami perlu ke klinik kesihatan yang terlantik untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan dapatkan buku kesihatan. Namun kerana lama sangat kat pejabat Tabung Haji tadi, suami ajak kami berhenti makan dulu di kedai-kedai makan yang berdekatan untuk mengisi perut yang dah mula berkeroncong.
Buku Rekod Kesihatan Jemaah Haji
Selepas makan, kami terus ke Klinik Aqil kat Rhu Renggeh Marang… lagi la berdegup kencang jantung ni…sangat la kelakar. So selepas buat pemeriksaan doktor menanda kuning pada buku kesihatan menandakan saya boleh pergi haji tapi pastikan dibekalkan ubat yang sepatutnya. Ubat yang penting adalah ubat darah tinggi la hehehe…ni la kesan selalu tidur lambat. Sendiri susah!
Hypertension menyerang!
Lepas balik dari klinik rasa sakit kepala yang amat. Mungkin sebab angin dah naik ke kepala kesan makan lambat tadi. Terus kepala ni jadi pusing dan rasa nak baring aje. Balik aje rumah, muntah-muntah dan demam….eh 2-3 hari juga terbaring. Tak lalu makan dan kerap pening serta muntah. Mula la terfikir, ni kifarah awal sebelum pergi haji ke?
Saya ada beberapa hari sahaja lagi nak bertolak ke Mekah. Jadual penerbangan kami telah dimaklumkan pada 3 Julai 2022 iaitu pada hari Ahad. Dah la demam dan sakit kepala, tapi saya gigihkan juga cara bahan bacaan tentang haji. Barulah gelabah nak belajar tentang haji. Saya cuma tahu Haji adalah Arafah. Haji ada wukuf, mabit dan melontar. Ini sahaja asas yang saya tahu.
Rezeki betul bila suami saya share kan artikel salah seorang bisnes partner kami yang pernah buat haji sebelum ni. Melalui penulisan beliau, saya dapat sedikit gambaran apa yang kena buat masa haji.
Sharing beliau – Macam Mana Kerja Haji Sebenarnya membuka fikiran saya apa yang kena buat dan persediaan mental yang kena ada. Selain itu ada beberapa bahan lain juga ditemui bila kita taip haji kat google.
Suami juga siap beli buku khas untuk mendalami tentang haji ni….
Buku yang sangat bagus , padat dan mudah faham.
Jika anda berniat nak buat haji tahun depan atau tahun akan datang, boleh la cuba dapatkan buku ni supaya dapat gambaran tentang Haji tu sendiri.
So hari dah makin dekat …kami bertolak dari Terengganu ke KL pada Jumaat petang [ 1 Julai 2022] dan rehat sehari di KL sebelum bertolak ke Mekah pada 3 Julai pagi jam 6.55.
Kerana masa dah dekat, suami bagi tahu kami akan buat Haji Tamatuq kerana bawa anak-anak dan ia mudah sedikit.
Oh ya Haji ni ada 3 kategori…
Haji Tamatuq – masuk Mekah atau Madinah dulu, buat umrah baru wukuf kemudian baru buat Haji.
Haji Ifrad – masuk Mekah menghampiri tarikh Wukuf, berada dalam ehram hingga selesai Haji. Kemudian baru buat umrah.
Haji Qiran – Niat Haji dan Umrah serentak dan masuk Mekah pada saat sangat dekat dengan hari Wukuf.
Pada mulanya kami memilih untuk buat haji Tamatuq….tak la lama sangat dalam ehram. Jadi suami dah siap-siap bayar dam seekor kambing di website Tabung Haji iaitu Thijari. Namun sebelum nak bertolak ke KL sempat saya bersembang dengan staff TH Travel yang saya berurusan sebelum ini, beliau menasihatkan saya ambillah Haji Ifrad memadangkan saya masuk dah dekat dengan tarikh Wukuf.
Selepas berbincang dengan suami, beliau dan anak-anak setuju nak buat Haji Ifrad. Maka kena niat haji Ifrad la dalam kapal terbang bila dah melalui Miqat di Karnul Manazil. Jika kita buat Haji Tamatuq semasa melalui kawasan Miqat kita kena niat umrah. Itu perbezaan pertama sekali. Bila dah niat Haji Ifrad maka kita dah bersedia nak duduk dalam ehram hinggalah selesai melontar ….melontar yang pertama nanti barulah boleh buat tahalul awal. Adalah lebih kurang 8 hari ….
Bersedia untuk berangkat
Pada Sabtu malam Ahad iaitu 2 hb Julai jam 12 tengah malam kami semua perlu melapor diri di Hotel Movenpick Tabung Haji di Sepang, berdekatan dengan Lapangan Terbang KLIA.
Seawal jam 10 malam kami dah berada di sana untuk menguruskan beg dan beberapa keperluan barangan haji yang akan semua jemaah dapat sebelum berlepas.
Terima kasih mak ayah, Huda, Ibz serta keluarga Idris yang sudi menghantar kami ke Movenpick malam tu. Waktu ni rasa berdebar masih ada cuma tak ketara bila kita tahu kita dah nak bertolak esok pagi.
Malam tu kami tak tidur. Menguruskan bag untuk check in , proses check in dibuat di Hotel Movenpick sahaja…dan selepas itu kami perlu mendengar taklimat Haji hingga jam 3.30 pagi kalau tak silap….memang tersengguk-sengguk menahan mengantuk.
Bersedia untuk ke dewan taklimat Haji selepas selesai check in bag.
Selepas tamat taklimat kami semua bersedia untuk menaiki bas nak bertolak ke airport.
Bestnya haji ni, bas yang bawa jemaah terus menghantar kami ke gate C23, untuk pelepasan. Lebih unik kerana ada imigresen Arab yang menanti di pintu sebelum pelepasan seolah-olah kita dah tiba di Arab Saudi. Ia adalah projek kerjasama kerajaan Malaysia bersama Arab Saudi yang dipanggil Makkah Route. Jadi nanti bila tiba di Arab Saudi tak perlu lagi nak lalui imigresen mereka, hanya naik bas dan terus ke hotel.
Wajah penat tapi cover, sebab tak sabar nak baik flight! Mata ni mengantuk Allah sahaja yang tahu.
Naik aje flight semua orang terus tidur sebab sepanjang malam tak tidur kan? Namun kami di ingatkan dalam taklimat tadi untuk baca niat sama ada haji atau umrah [ bergantung pada Haji yang akan ditunaikan, sama ada haji Ifrad atau Haji Tamatuq] selepas makanan dihidang untuk 2nd round.
Flight kami adalah jam 6.55 pagi…jadi kami semua solat subuh di airport sahaja. Adalah kenangan yang direkodkan tersimpan rapi dalam FB TH Travel … jemput tengok Video >>semasa pelepasan Jemaah Haji KT50B <<
Ok la, nanti saya sambung part 3 pulak ya…terpanjang pulak cerita part 2 ni.
Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.