Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Bisnes Online Terbaik Malaysia 2023- mencari duit tambahan

Bisnes Online Terbaik Malaysia 2023- mencari duit tambahan

Dulu mana ada Bisnes Online demi nak mencari Duit Tambahan…jadi jawabnya kena lah kerja. Kerja hakiki saya dulu seorang Guru Sekolah Rendah.

Sampai sekarang saya masih ingat moment saya gosok baju kurung untuk bersiap ke sekolah pada hari itu. Saya pula bukan jenis gosok banyak sekaligus. Bila nak guna baru saya gosok. Jadi saya kena budget masa untuk siap awal.

Masa tu rasa berat hati betul nak ke sekolah..kenangkan anak yang akan dihantar rumah baby sitter rasa sedih sangat.

Saya dibesarkan oleh mak yang tidak bekerja. Perhatian seorang mak itu sentiasa ada untuk kami 7 beradik.

Setiap hari saya akan fikir macam mana lah nak cari duit, sara hidup ekonomi keluarga kalau saya berhenti kerja?

Dulu belum ada peluang Bisnes Online Terbaik Malaysia Mencari Duit Tambahan untuk tampung belanja keluarga.

Macam mana komitmen bulan-bulan? Argh berkecamuk betul setiap pagi sebelum turun ke tempat kerja.

Artikel saya sebelum ini, ada saya kongsikan bagaimana saya terpaksa melepaskan jawatan Guru KPLI demi anak.

Artikel : Master Coordinator Shaklee- Lahir Dari Sebuah Blog. 

Saya cuba ubah rutin saya dari seorang yang bekerja dan bergaji tetap kepada orang berniaga. Pastinya berbeza.

Kita kena agihkan masa kerana Bonus [ kalau dulu dipanggil gaji] ditentukan oleh sebanyak masa usaha yang kita curahkan.

Mesti ada masa untuk keluarga, rumahtangga , suami dan bisnes.

So alhamdulillah sudah 16 tahun saya menceburi Bisnes Online memandangkan saya jadikan ia kerjaya saya sepenuh masa.

Mengapa Shaklee merupakan Bisnes Online Terbaik Malaysia? Pastinya ramai yang mencari cara nak cari duit lebih dalam masa yang terhad.

Boleh aje kita buat 2-3 kerja dalam satu masa namun masa kita terhadap keluarga akan terjejas sebenarnya terutama bila kita perlu banyak kudrat semasa bekerja.

Jadi rider pilihan ramai orang hari ini, namun risiko mereka besar.

Maka jika kita ada pilihan untuk membuat bisnes secara online, walaupun bermula dengan hanya sebuah handphone, ia pasti menjadi rahmat untuk kita yang baru nak mula.

Masih ingat dulu saya mulakan menulis blog hanya menggunakan handphone sahaja. Suami belikan Nokia N93 kalau tak silap kerana itu aje yang mampu buat kami pada masa itu.

Siapa kata senang nak senang? Namun ia tidak mustahil pun.

Kini banyak dah bahan yang kita boleh dapat di internet dan kita hanya kreatif berkongsi.

Zaman sekarang perlukan banyak duit untuk belanja harian. Jika dulu RM50 beli barang dalam supermarket, dapat juga barang penuh satu troli. Tapi sekarang….

Satu troli paling koman kita kena ada RM150. Ia menunjukkan betapa tingginya inflasi.

Jadi takkan kita nak jadi penonton atau menagih dengan orang lain untuk belanja harian kita.

Maka Bisnes Online antara aktiviti alternatif kita nak cari duit lebih. Ada yang bermula dengan dropship jual tudung atau baju. Saya memilih Shaklee sebagai Bisnes Online saya sejak 2007.

 Antara sebab :

  1. Modal permulaan kini serendah RM35 dengan menjadi ahli yang berdaftar.

  2. Boleh dibuat dimana sahaja asalkan kita punyai handphone atau komputer yang ada line internet.

  3. Mudah dapat repeat sales kerana harga produknya boleh dimiliki oleh semua golongan.

  4. Bonus yang diberikan juga lumayan dan boleh capai luar jangkauan akal.

  5. Ada tambahan insentif disediakan untuk yang serius buat- Umrah dan Trip Oversea.

Jemput baca artikel terdahulu :Jadi Ahli Kerana Nak Makan Free

Masa awal-awal menceburi bidang ni saya hanya mempunyai matlamat nak cari pendapatan untuk bantu suami meringankan beban ekonomi keluarga. Ditambah masa itu kami berada di Miri, jauh dari keluarga.

Alhamdulillah dengan izin Allah, rezeki anak…bisnes ini mula mendapat sambutan hingga ini. Maka dapat saya katakan bahawa Shaklee adalah Bisnes Online Terbaik Malaysia-mencari Duit Lebih.

Suami pula yang memang dari bidang training bantu saya untuk buat training, turut bantu saya kembangkan bisnes Online ini.

Alhamdulillah, berkat serius dan bersungguh, kami merasa pergi Umrah 4 beranak, Trip Oversea ke Dubai, Jordan malah sampai ke Amerika Syarikat.

Walaupun peringkat awal, saya cuma target nak dapatkan RM3,000 gaji seorang cikgu yang saya lepaskan bila dah lahirkan anak kedua.

Kami order juga guna sistem online. Website yang disediakan untuk ahli.

Jika anda seorang yang bijak mengambil peluang, apa kata sertai kami…Menjadi Ahli Shaklee

Kami mempunyai kumpulan sokongan, latihan yang disediakan oleh syarikat serta kami mendapat bimbingan doktor dan pakar Nutrisi.

Ia bukanlah bisnes yang main-main.

Pemilik Shaklee sendiri mempunyai azam agar ramai yang mahu menjalankan bisnes Shaklee demi mempunyai masa depan yang cerah.

Bisnes Online Terbaik Malaysia-cara cari duit lebih
Bersama Pemilik Shaklee

Alhamdulillah dengan Shaklee kami berpeluang membesarkan anak bersama dan membantu memenuhi keperluan dan perhatian yang mereka perlukan.

Bisnes Online Terbaik Malaysia-cara cari duit lebih
Merasa menjelajah dunia dengan Shaklee

11 thoughts on “Bisnes Online Terbaik Malaysia 2023- mencari duit tambahan

    1. Saya sangat memahami sebab perasaan kita sama kak dibesarkan oleh mak yang tidak bekerja. Rasa berat hati nak tinggalkan anak.
      Alhamdulillah saya jumpa dengan kak N dari entry blog penyusuan, berjaya susu kan anak kembar eksklusif dengan Shaklee dan bimbingan akak. Sekarang Shaklee dah jadi bisnes full time saya, dapat jaga anak-anak depan mata dan dapat jana pendapatan dengan Shaklee dari rumah. 🥰

    2. tahniah kak n,16 tahun business online,kak n seller terbaik.moga nurin boleh ikut jejak langkah mu

  1. Bisnes shaklee ni sangat mudah.Sesuai dengan saya yang berkerja,shaklee ni cuma part time saya je,tapi pulangannya masya Allah.Cuma perlu kongsikan manfaat vitamin shaklee kepada orang ramai.

  2. perkongsian yang baik & info yang berguna. bisness shaklee mmg best modal mampu milik . yang penting suri rumah dapat juga pendapatan dan melihat anak membesar depan mata itu sgt ternilai

  3. Bisnes Online sprt bisnes Shaklee mempunyai platform yang jauh bezanya. Bukan saja modal rendah dan fleksible time. Tapi bisnes yang lebih informative tidak hanya tertumpu pada seller semata spt dropship dll. Walaupun kita datang dari pelbagai background tp bisnes shaklee ni antara bis yg sangat mengajar kita utk sygkan diri sendiri kepada kesihatan. Seblm nak bantu org, sihatkan diri dulu. Lepas tu kita sebarkan manfaat pd org lain apa yg kita rasa. Bukan saja kita menjana income malah dapat pahala dgn mudah! Itu yg kita nak. Bak kata orang sambil kita kejar akhirat,dunia itu datang dgn mudah. Jadi balance dua dua.

  4. Orang kata, buat bisness apa yg kita suka supaya kita x rasa terbeban dan buat dgn tenang.

    1st makan oste.. bukan unt bisness tapi unt bantu diri yg xmnum susu.
    Tapi efek die best.. bdn sgguh serasi menyebabkan terasa ingin berkongsi dgn ramai sahabat.

    Mula dari itu, terjebak secara x langsung.. dr suka makan jdkan sbgi pendapatan sampingan.

    Ini yang orang kata, buat apa yang kita suka supaya kita x rasa terseksa☺️

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *