Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Review Mee Kari Nyonya Dr Rizal

Review Mee Kari Nyonya  Dr Rizal

Sebenarnya saya tertarik dengan Mee Kari Nyonya OCOC yang dipromosikan oleh Dr Rizal. Part makan, memang saya  pantang nampak Mee Kari. Favourite sejak zaman sekolah lagi.

Apa yang menarik untuk buat Review Mee Kari Nyonya  Dr Rizal kerana bahan yang digunakan. Apa bahan yang ada di dalamnya adalah semua yang sihat.

Mee Kari Nyonya Dr Rizal

 

Mee Kari Nonya OCOC[ juga dikenali sebagai MKN] ini hanya perlu 8 minit untuk di masak. MKN adalah mee segera yang menggunakan tepung atta dan gabungan pelbagai bahan-bahan premium. Ianya dikatakan tinggi serat dan takkan mengembang walau direbus lama. Ia juga bebas bahan pengawet.

Masa MKN ni sampai aje rumah, suami saya juga tertarik nak tengok bahan yang digunakan. Paling terkejut suami kata, oh dia pakai garam himalaya la. Bagus ni. Menjadikan saya bersemangat nak masak. Rasa berbaloi la beli untuk cuba.

Harga sekotak RM18.50 dan ada 3 peket di dalamnya. Boleh nak untuk setakat nak mencuba ni. Jadi petang tu memandangkan suami saya cuti IF dia, saya offer la untuk makan sekali dengan saya, dah alang-alang masak.

Apa yang boleh saya simpulkan ialah, rasanya sedap. Saya bagi 5/5.  Jika ditambah sayur dan ada perahan limau nipis pasti lebih menyelerakan. Rupanya ada 4 kandungan utama dalam MKN ialah Tepung Atta, Garam Himalaya, Minyak Sawit Merah dan Santan.

Apa yang boleh saya katakan untuk Review Mee kari Nyonya Dr Rizal, ianya berbaloi la beli jika sekali sekala kita nak makan mee tapi kita nak mee yang berkhasiat. Mahal tapi selamat. Itu paling penting.

Artikel lain : Adakah kita beri anak kita makan seimbang

2 thoughts on “Review Mee Kari Nyonya Dr Rizal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *