Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Protein Diet Sihat

Protein Diet Sihat

Sepanjang suami saya buat Intermittent Fasting, IF beliau fokus pada makanan yang banyak serat seperti Salad dan kaya protein. Protein dikatakan adalah diet sihat dan lebih baik berbanding karbohaidrat.

So antara makanan yang kaya protein adalah ayam, daging, kekacang,telur tapi suami saya tak minat susu atau bahan tenusu. Saya juga akan memastikan rumah kami sentiasa mempunyai pelbagai jenis kacang untuk menjadi titbit.

Protein Diet Sihat

 

So kalau pergi breakfast selepas hantar Nasa ke Madrasah, kami akan singgah kedai yang ada jual Satey dan telur separuh masak.

Protien diet sihat

 

Dulu ada mitos mengatakan seminggu dicadangkan makan 2 biji telur sahaja. Tapi selepas banyak kajian, mendapati diet dari protein adalah sangat baik dan lebih baik berbanding kita mengamalkan karbohairat.

Jadi kami akan membuat pesanan telur separuh masak 1 set bersamaan 2 biji. Jika ada masa saya nak tukar selera saya akan order Roti Telur Goyang.

Protein diet sihat

Syukurlah kat Kuala Terengganu ni ada kedai yang jual Satay ayam dan daging yang hampir sama rasa macam Satay Muar. Dapatlah lepas rindu nak makan Satay Muar. Maka sebab Satay adalah dari ayam atau daging yang bersumberkan protein maka suami saya akan order 10 cucuk untuk lepaskan rindu pada Satay Muar.

Memang kenyang lebih lama dengan makan makanan bersumberkan protein ni. Berbanding Karbohaidrat seperti Nasi atau Roti, ia mempunyai GI yang tinggi. Maka kita akan rasa cepat lapar. Waktu tu mulalah tekak nak makan macam -macam.

So sekarang kami memang jadikan pilihan Protein diet sihat utama kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *