Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Mencari bisnes yang sesuai?

Mencari bisnes yang sesuai?
Dalam ekonosi sekarang kita kena bijak mencari bisnes sesuai  yang mempunyai ciri-ciri berikut :
Bisnes
Mempunyai permintaan yang berterusan bukan bermusim.
Mampu dimiliki oleh pembeli dan bukan hanya mampu lihat.
Modal tidak terlalu mahal dan membebankan
Memberi manfaat jangka panjang.

Maka apakah antara bidang bisnes yang boleh kita ceburi?

Berkaitan dengan kelahiran dan kematian.
Setiap hari akan ada proses kelahiran dan kematian.

Berkaitan dengan perkahwinan.
Kini perkahwinan tidak semestinya tunggu cuti sekolah sahaja.
Berkaitan dengan pemakanan.
Ya manusia memerlukan makanan. Makanan untuk hidup namun makanan untuk sihat akan lebih bertahan lama. Maka bisnes supplement mempunyai peluang bertahan kerana ramai yang mahu sihat.
Berkaitan dengan buku.
Bisnes buku ini unik kerana ilmu sangat penting untuk kita mendapatkan kemajuan dalam kehidupan kita sebagai manusia. Loyalti bisnes ini juga sangat menarik untuk diceburi.
Nak join bisnes ni juga perlu ada preference bukan main join sahaja. Kita tidak mahu ada pembaziran. Kita perlu melihat circle kita juga. Adakah bisnes yang kita nak join itu mempunyai produk yang mampu dibeli dan dimiliki oleh orang dalam circle kita?
Adakah kita akan mudah mendapat repeat order bila kita telah memulakan jualan?
Mengapa ramai yang berminat dengan bisnes networking seperti direct selling atau Multi level marketing? Pada pendapat saya kerana ia boleh membawa manfaat pada circle kita yang mahu join sama. Selain itu sangat penting untuk kita tahu pelan kompensasi syarikat yang kita sertai.

Belajar perbandingan usaha

Saya cuba beri contoh perbandingan 2 jenis syarikat; A dan B. Syarikat A perlukan kita membuat jualan sebanyak 15 ribu untuk melayakkan kita menerima bonus 21 peratus. Manakala syarikat B memerlukan kita membuat jualan sebanyak 10 ribu untuk peratus bonus yang sama. Mana yang lebih menguntungkan?
Oleh sebab itu mencari bisnes yang sesuai sangat penting. Ditambah jika ada minat yang mendalam dalam bidang bisnes itu, bertambah seronok kita menjalankan bisnes.

Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *