Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Bengkak Gout Perlahan-lahan Hilang Dengan Amal Minum Air Lemon Setiap Hari.

Bengkak Gout Perlahan-lahan Hilang Dengan Amal Minum Air Lemon Setiap Hari.
Barulah saya tahu lemon ni banyak manfaatnya. Lemon tidak seperti bangsa limau yang lain namun manfaatnya sangat banyak terutama kepada pesakit gout. Lemon dan gout ada impact ke?
Banyak pengalaman yang tersimpan rapi sepanjang kami menunaikan haji pada tahun lepas. Antara moment yang saya akan ingat adalah perkongsian tentang seorang jemaah tentang penyakit yang beliau hadapi iaitu Gout. Penyakit ini juga dikenali sebagai penyakit orang kaya. Ayah mertua saya adalah salah seorang bekas pesakit Gout. Rupanya ada tips untuk kurangkan serangan Gout ini.
Lemon dan Gout
Lemon antara buah yang banyak manfaat kesihatan
Berbalik pada kisah haji saya, pesakit itu berkongsi pengalaman -selama 3 tahun jemaah ini amalkan secawan air lemon tanpa gula setiap hari, hingga hilang bengkak-bengkak pada sendi beliau. Melihat keadaan beliau pada saat itu yang sudah sihat dan tidak menampakkan bekas bengkak gout, isterinya ada mengesahkan apa yang beliau kongsikan. Waktu itu saya menyimpulkan lemon dan gout tidak boleh dipisahkan.
Lemon dan Gout
Contoh bengkak bahagian sendi disebabkan gout.
Saya tahu air lemon ni banyak kebaikan. Antaranya ialah untuk detox, pencernaan dan untuk kurus.
Saya tak nafikan dengan pengambilan segelas air lemon tanpa gula setiap hari membantu saya mendapatkan bacaan EGFR buah pinggang saya sangat cantik. Setiap kali buat blood test, paling saya takut adalah untuk mengetahui bacaan EGFR kerana bacaan itu adalah indicator kepada keadaan buah pinggang kita sebenar.
Seperti kita tahu, air lemon ini mengandungi vitamin yang kaya dengan vitamin C. Maka ia boleh dikatakan vitamin yang kaya dengan antioksidan selain membantu sel sel dalam badan berfungsi dengan baik. Memandangkan ia kaya dengan antioksidan maka ia membantu tubuh kita melawan penyakit.Lemon juga dikatakan dapat mengurangkan serangan risiko kardiovaskular.
Selain itu, lemon juga dikakatakan dapat membantu tubuh badan kekal sihat , hidrat, lebih segar dan bersemangat. Saya juga telah mencuba apabila ia dijadikan minuman penutup semasa bersahur. Memang ada rasa perbezaan yang mana badan kekal hydrate.
Berita baiknya kepada pengamal Lemon,ia membantu mengurangkan risiko bati karang dan melancarkan sistem pencernaan .Dikatakan dengan mengamalkan meminum secawan lemon sehari menjadikan kulit lebih lembab dan memperlahankan proses penuaan.

Lemon dan Gout
Menjadikan rutin pengambilan air lemon
Akhir kata, pengambilan secara air lemon membantu memberi rasa kenyang ,dan secara langsung membantu kita mendapat berat badan yang ideal. Kita takkan nampak kesan mendadak, insyAllah masa akan sampai. Allah the best!
All the best!
#shakleetriumph23
#shakleethrive23
#projekblog mega

Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *