Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Beza Haji Ifrad dan Haji Tamatuq

Sesampai kami di Jeddah iaitu terminal Haji kami di sambut dengan meriah. Berlenggang tanpa bag [ sebab semua bag saya check in] turun kepal terbang menuju kepada deretan bas yang telah lama bersedia nak bergerak.
Sempat juga saya dan Addin berlari ke tandas yang berdekatan sebelum menaiki bas. Setiap jemaah telah ditentukan bas mana yang perlu dinaiki. Agak-agak semua bilangan penumpang telah dipenuhi, maka bas mula bergerak menuju ke hotel.

Dilayan macam VIP

Oh, berkaitan bag dan bagasi yang telah kami check in di Movenpick KLIA …kami tak perlu mengambil di airport. Ia terus dihantar ke hotel. Rasa macam VVIP sungguh waktu ni. Group Muasasah ataupun pakej waktu ni dapat layan yang sama dari pihak Tabung Haji. Yang membezakan adalah hotel yang jemaah akan menginap di Mekah nanti.
Bagi yang mengikuti Haji secara pakej, kami ditempatkan di Hotel Movenpick Hajar di Mekah dalam Zamzam Clock Tower dan beberapa pakej Tabung Haji yang lain duduk juga dalam Zamzam Clock Tower cuma berlainan hotel. Manakala group Muasasah,  majoriti mereka ditempatkan di Hotel Abraj Janadriyah.
Masa hari ketibaan, dalam jam 10 pagi tu… saya dah perasan anak saya Addin mula demam. Mana taknya, semalaman kami tak tidur mendengar taklimat di Movenpick Sepang KLIA, kemudian naik flight sebelah pagi jam 6.55 dan dia dengan berpakaian ehram. Biasanya kami buat umrah, kami akan masuk Madinah dulu…so tak perlu la pakai ehram dalam kapal terbang.

Penempatan hotel di Mekah

Setiba di hotel kami ditempatkan di dewan makan sambil menunggu kunci bilik masing-masing.
Oleh kerana hotel penuh, kami tak dapat ditempatkan bilik bersebelahan tetapi berbeza tingkat. Saya dan suami ditingkat 9 manakala anak kami ditingkat 10. Syukur juga ada Idris yang saya bawa, dapatlah dia tolong tengok-tengokkan Addin dan Nasa memandangkan mereka bertiga sebilik.
Untuk pertama kali menginap di Movenpick Hajar, hotelnya selesa memandangkan saya sebilik dengan suami. Namun saya sentiasa minta suami cek dengan pengurusan haji untuk cuba dapatkan bilik yang sama tingkat dengan anak. 2 hari juga la kami ditingkat yang berasingan. Ia menjadi sukar untuk kami menjenguk anak-anak bila berlainan tingkat ditambah bila ada yang tak sihat atau demam.

Pilihan Ibadah Haji

Pada hari ketibaan, bagi jemaah yang buat haji Ifrad perlu buat tawaf qudum atau nama lainnya adalah tawaf selamat datang.  Manakala yang berniat untuk buat haji Tamatuq mereka perlu terus melakukan umrah sejurus masuk ke Mekah. Jemaah sendiri yang menentukan sama ada mereka nak buat Haji Ifrad atau Haji Tamatuq.
 Oleh kerana Addin demam, so kami menunda untuk melakukan tawaf qudum pada malam hari…tapi ya la kita hanya merancang Allah yang menentukan. Akhirnya kami cuma dapat buat tawaf Qudum pada keesokkan harinya selepas solat subuh. Oh ya, bila nak tawaf sunat kita perlu keluar ke kawasan Miqat terlebih dahulu. Jadi kami ke Masjid Siti Aishah yang lebih terkenal sebagai Miqat di Tanaem barulah balik ke Mekah semula untuk melakukan tawaf qudum.
Jadi kami dapat buat Tawaf Qudum bersama Saei Haji. Sebab Saei hanya boleh dibuat bersama Tawaf.

Tawaf Sunat

Sementara nak menunggu hari wukuf, kami menyibukkan diri dengan membuat tawaf sunat sahaja memandangkan tiada apa yang boleh dibuat kerana kami berniat Haji Ifrad. Hinggalah sehari sebelum Wukuf saya mengikut suami membuat tawaf sunat jam 10 pagi. Mungkin disebabkan cuaca terik, balik dari tawaf badan saya dah mula seram sejuk macam nak demam. Saya terus mengajak suami ke Bindawood untuk beli baju sejuk takut saya tak tahan masa di Arafah.
Hari Khamis 7 Julai kami dah bersedia untuk bergerak ke Arafah….Bermulalah proses haji itu sendiri yang mengambil masa 6 hari.
Gambar di lobby hotel sebelum menaiki bas untuk gerak ke Arafah.
Gambar kenangan bersama ustaz Gani yang bermimpi kami buat haji bersama.
Gambar di Khemah perempuan di Maktab 112.
Gambar depan Khemah lelaki di Maktab 112.
Nikmat Allah mana yang hendak di dustakan? Nanti saya ceritakan bagaimana demam balik dari tawaf qudum menjemput batuk dan selesema yang berterusan…..
#THtravel
#Hajiifrad
#Wukuf

Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *