Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Diariku : Dunia bisnes untuk jiwa yang kental

Saya dibesarkan dalam dunia keluarga berbisnes. Saya melihat arwah abah buat macam-macam bisnes nak besarkan kami adik beradik. Arwah mak pulak macam setiausaha kepada arwah abah dalam menjalankan bisnes yang abah usahakan. Abah selalu pesan, duduk dalam bisnes jiwa kena kental
Saya sendiri mula berniaga seawal usia 19 tahun selepas abah meninggal dunia. Namun ia sekadar mencari pengalaman disamping membantu diri sendiri untuk ada duit poket sepanjang zaman belajar di Universiti.

Pengalaman Berniaga

Siapa kata senang nak meniaga? Orang cuma tahu nak untung. Siapa yang suka rugi kan? Tapi masih ingat bila saya mula serius adalah bila saya memilih satu sahaja bisnes masa belajar iaitu buat Shaklee. Sebelum tu, ada la sambil-sambil buat jual barangan Avon, CNI, amik upah jual tshirt atau photostat nota.
Namun lain kisah dengan Shaklee sebab saya nampak masa depan yang unik selepas saya belajar tentang marketing plan yang disediakan.
Sebagai pelajar mana ada duit nak buat modal. Modal hanyalah air liur menerangkan kat kawan-kawan tentang kepentingan vitamin sampailah dapat gelaran doktor tak bertauliah. Lebih teruk orang panggil Mak Lampir. Sebab apa saya cakap jadi kenyataan pada mereka. huhuhu.

Nak hidup kena bijak urus kehidupan

Pada saya alasan nak buat memang banyak…tapi saya taknak jadi looser …penat dah. Kena juga cari akal macam mana nak capai target. Orang lain target nak graduate kelas pertama tapi saya pulak target nak capai bonus yang menjadi idaman….hahhahaha.

Takde modal bukan satu isu pun. Kemahuan paling utama. Saya dapat kumpulkan order sebulan RM10 ribu sebulan sepanjang jadi student universiti. Penat? Semua kerja penat. Tapi kemahuan tu yang buat kita tak pandang pada penat. Kita nak tengok hasil.
Terima kasih pada arwah abah yang pesan pentingnya selawat. Terima kasih buat arwah mak yang kongsikan doa pelaris. Terima kasih pada semua atas perkongsian asmaul husna iaitu zikir ya Wahhab.
Semuanya menjadi pendorong untuk saya terus berjuang.
Berkat selawat…semangat juang Rasulullah menjadi penguat jiwa saya.
Berkat doa yang mak ajar [ doa nabi juga] buatkan saya lebih berkeyakinan dan sabar.
Berkat asmaul husna zikir Ya Wahhab membuatkan saya melihat banyak keajaiban dalam meniaga.
Cuma satu aje kena ingat…. nak berbisnes jiwa kena kental.

Benda ni kena semat dalam hati. Berniaga ni macam tanam pokok buah dalam kebun. Lagi besar kebun, memang lagi besar hasil. Tapi lagi hebat ujian kena sabar. Ujian jiwa la selalu orang tak tahan. Semua nak cepat. Padahal dalam dunia semua ada proses.

Kalau hati tisu, mudah terasa, mudah nak amik hati bila kena tegur, tak nak terima penolakan manusia…susah nak pergi jauh. Sebab bisnes adalah dunia yang perlukan jiwa kental dan sabar. Nak baiki diri kena berlapang dada.
Kena percaya dengan masa depan sendiri. Kena belajar berdikari. Jangan terlalu bergantung dengan orang lain. Kena banyak berdoa dengan Allah dalam apa juga yang diusahakan.
Allah ni maha baik dan maha pemberi kurnia. Setiap usaha pasti ada ganjaran yang Allah sediakan. Wallahu alam.

 

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *