Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Tips turunkan bacaan uric asid

Sebelum ni tak pernah rasa yang mencucuk di telapak kaki…tapi kebelakangan ni kerap pula…hmm pelik juga. Sebelum ni biasa kebas aje…itu tanda kurang kalsium. Namun selepas amalkan secara konsisten pengambilan Ostematrix Shaklee, kebas pun hilang. Oh sebab dalam Ostematrix Shaklee ada kandungan galian yang bernama Boron. Boron berfungsi untuk memampatkan tulang. Maka sebab tu siapa yang amalkan Ostematrix Shaklee memang akan dapat kesan yang ketara pada tahap kesihatan.
Berbalik kepada sakit kaki yang mencucuk tadi….suami mengajak buat health check up di BP Lab. Boleh lihat >>> BP Lab yang berdekatan<<<.
Ini bacaan yang diambil pada bulan April 2021.
Sila klik untuk besarkan image

Oh masa tu baru tahu bacaan uric asid saya tinggi…. 

Oh sebelum itu….
Apa itu uric asid?

Uric adsid (melalui Ujian Darah) adalah untuk mengenal pasti berapa banyak uric asid dalam sampel darah. Makanan yang kita makan dan prosedur penguraian semula jadi adalah cara biasa untuk mensintesis uric asid .
 Buah pinggang adalah organ untuk menapis uric asid. Ia biasanya dikeluarkan dari badan melalui air kencing, dan dalam kes yang jarang berlaku dikeluarkan melalui najis. Tahap uric asid dalam darah meningkat apabila buah pinggang tidak dapat berfungsi dengan normal atau terlalu banyak uric asid  dihasilkan.
 Sekiranya seseorang mempunyai terlalu banyak uric asid  di dalam badan, dia lebih cenderung mengalami pembentukan pepejal kristal pada sendi. Keadaan yang menyakitkan ini seringkali digelar gout. Sekiranya gout dibiarkan tanpa rawatan, kristal uric asid  boleh membina pada sendi dan tisu berdekatan, membentuk mendapan (deposit) yang keras dan berketul-ketul dipanggil tophi. Tahap uric asid  yang tinggi juga boleh menyebabkan batu karang atau kegagalan buah pinggang.
Pada permulaan saya cuba kurangkan pengambilan makanan manis, daging , makanan laut ….
So masa bulan September 2021, saya buat sekali lagi Health Check Up 
Sila klik untuk besarkan image

Hmm masa ni saya jadi lagi tak keruan… sebab bacaan uric asid makin tinggi.
Saya mula study cara yang efektif nak turunkan bacaan uric asid.
Mengapa kita kena usaha turunkan bacaan uric asid? Sebab ia boleh mengganggu bacaan EGFR kita. Apa benda eGFR tu? Ia adalah penanda aras keberkesanan penapisan buah pinggang kita. Ramai orang yang mengalami masalah buah pinggang pada usia tua. 
So sebab itu kita kena amik tahu kesihatan organ dalaman kita.
Maka selepas saya dapat result pada Septemeber 2021 lalu… saya mula fokus:
1️⃣ Kerap minum air masak 
2️⃣ Elakkan makanan yang mengandungi purin yang tinggi antaranya makanan laut, organ dalaman, daging merah etc.
3️⃣ Makan vitamin C 2 bj pagi dan 2 bj malam – membantu proses pembuangan uric asid dalam urin.
4️⃣ Kerap membuang air membantu uric asid keluar bersama urin.
5️⃣ Pengambilan multivitamin serta vitamin yang mengandungi vitamin D.
6️⃣ Intermitten Fasting sangat membantu.
7️⃣ Amalkan pengambilan buah tin [ yang kering pun boleh]
Selepas sebulan, saya buat sekali lagi blood test untuk tengok kesan…
Sila klik untuk besarkan image

Alhamdulillah…. dari bacaan 463.94 kini dah turun kepada 339.04.
Kini tiada lagi masalah tapak kaki yang mencucuk tu. Rasa lega sangat. Paling best bacaan eGFR juga meningkat… dari 90.3 kepada 96.07.
Syukur alhamdulillah…
Bagi anda yang ada masalah bacaan uric asid yang tinggi boleh la cuba amalkan tips di atas.
Sebab mereka yang ada masalah uric asid yang tinggi dan dibiarkan berlarutan boleh memberi kesan yang tidak baik pada buah pinggang dalam jangka masa panjang.
Jika anda mempunyai rheumatoid facktor, kesan uric asid tinggi pasti boleh menyebabkan penyakit gout.
Selamat mencuba.
Jika berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee 
boleh terus klik >>>> Order Vitamin Shaklee<<<

Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *