Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Amalan yang bantu menampung lompang pahala

Sebagai manusia biasa, kita tak lari dari membuat dosa. Namun demikian kita juga perlu usaha untuk menampung lompang-lompang pahala agar tidak melalui azab yang berat di mahsyar nanti.
Antara amalan yang kita digalakkan lakukan adalah solat sunat rawatib, qabliyah dan ba’diyyah.
Malah kita juga sentiasa diingatkan kelebihan sunat qabliyyah subuh khususnya..


Dari Aisyah r.a dari Nabi s.a.w bersabda, Dua rakaat solat sunat fajr lebih baik daripada dunia dan isinya. [ HR Muslim]

Maka selama ini saya cuba mana yang mampu dan baru-baru ini sangat terkesan dengan perkongsian ustaz Wadi Anuar tentang solat sunat ba’diyyah isyak….

Rupanya besar fadilat solat sunat ba’diyyah isyak 4 rakaat ini.

Kebiasaanya selama ini saya mengamalkan dua rakaat sahaja…

Moga perkongsian ini membuka minda dan hati kita untuk sama -sama usaha perbaiki amalan dan mudah-mudahan berkat mengamalkan sunnah ini kita beroleh rahmah yang banyak.

Nukilan…. 

Ibu Addinnasa

Kami yang mencari redha Ilahi.

Read more www.anakkuwiraku.com

2 thoughts on “Amalan yang bantu menampung lompang pahala

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *