Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Cakna tentang kesihatan buah pinggang kita.

Bila kita ni kurang membaca,kita akan berpegang dengan apa yang kita biasa kita dengar walaupun benda itu belum tentu sahih pun.
Begitu la terjadi kat saya…. selama ni biasa dengar, makan ubat doktor boleh ‘cepat’ rosakkan buah pinggang dan ianya sentiasa bermain dalam fikiran saya hinggakan bila sakit pun saya tak makan ubat even panadol. Eh berbelas tahun juga saya tak makan panadol atau apa2 ubat penahan sakit kerana sangkaan ini.
Jadi bila saya di sarankan amalkan ubat darah tinggi untuk kawal tekanan darah yang sentiasa tinggi…saya berbelah bagi pada peringkat awalnya. Dalam fikiran saya, kalau makan ubat nanti buah pinggang cepat rosak…tapi kalau tak makan, buah pinggang tetap rosak sebab kesan dari penyakit darah tinggi yang tidak terkawal.
Maka doktor yang merawat saya pun menyarankan selepas sebulan makan ubat yang beliau prescribed, saya boleh buat ujian untuk cek keadaan buah pinggang saya.
Kebetulan saya juga baru belajar tentang EGFR [ kadar penapisan glomerular] dari kelas-kelas Dr Jue khususnya.
Sebelum saya makan ubat yang doktor Samhan beri tu kebetulan saya baru aje buat health screening iaitu awal Mac. Bacaan eGFR saya masa awal Mac adalah 103. Namun selepas sebulan amalkan ubat darah tinggi, bacaan terkini adalah 99.

Shaklee and kidney


Alhamdulillah sangkaan saya bahawa ubat boleh merosakkan buah pinggang dengan CEPAT meleset sama sekali. Ada banyak faktor yang mempengaruhi punca kerosakkan buah pinggang.
Namun antara yang utama adalah dari apa yang kita makan sehari-hari, iaitu diet yang tak sihat dan pengambilan air yang kurang dan tidak memenuhi keperluan seharian tubuh.
Syukurnya kini saya dah tidak amalkan ubat darah tinggi atas nasihat doktor kerana bacaan dah terkawal dan saya cuma teruskan cara hidup yang sihat, kekal aktif, jaga pemakanan [kawal makan] , minum air secukupnya dan tidur awal.
Bagaimana nak tahu bacaan EGFR? Boleh ke mana-mana klinik atau makmal seperti Pathlab, BP Lab etc untuk buat Renal Profile.
Bacaan eGFR ini ada kaitan dengan bacaan kreatinin kita. Kreatinin adalah bahan buangan yang berada dalam darah.
Buah pinggang kita biasanya mengeluarkan kreatinin daripada darah melalui air kencing. Apabila buah pinggang sudah rosak, ia tidak dapat berfungsi untuk mengawal kreatinin dalam darah dan akan menyebabkan kuantiti kretinin dalam darah semakin tinggi.


Oleh sebab inilah kita kena cakna apa yang kita makan sehari-hari supaya ia tak menyumbang kepada bacaan kreatinin yang semakin tinggi dan akhirnya boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang yang serius seperti CKD.
Tips mudah untuk kekal sihat, KURANGKAN atau ELAKKAN makanan yang manis [ disebabkan gula yang tinggi], minuman manis atau berkarbonat dan karbohaidrat.
Benarlah kata-kata Allah, bila sesuatu itu berlebihan, ia pasti menjadi mudorat. Wallahu alam.
Renung-renungkan.

🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa 

 #pengedarshakleeterengganu 
#shakleereadystock 
#ShakleeVivixkualaterengganu 
#ShakleeMalaysia
#berpuasadenganshakleesenangaje
Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *