Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Siapa kata makan gaji tak boleh jumpa keajaiban rezeki?

Malam ni saya nak coretkan kisah yang saya nampak ia berlaku depan mata saya sendiri….
Biasa keajaiban rezeki banyak dilihat pada orang berniaga…kerana tiada had siling pendapatan bila kita berniaga. Tapi kisah ini berlaku pada suami yang makan gaji.
Bagaimana hebatnya mengutamakan mak ayah dalam kehidupan boleh merubah nasib seseorang….
Ia berlaku pada suami saya sendiri….Ia berlaku pada tahun 2006 kalau saya tak silap….masa tu mak ayah mertua saya sedang membelek beberapa rumah…maklumlah dah terlalu lama duduk apartment…dah tiba masa nak beli landed house.
Masa tu bisnes Shaklee belum boom macam sekarang….
Suami saya meluahkan hasrat nak belikan mak ayah dia rumah…sedangkan masa tu kami juga belum ada rumah sendiri. Pada saya tiada masalah, suami usaha nak memberi khidmat pada mak ayah beliau. Dapat la saya tumpang keberkatan rezekinya nanti. 
Kami duduk Miri masa tu…bukan mudah nak cari rumah untuk dibeli. Balik Semenanjung pun pakai kos yang besar. Kebetulan masa tu mak ayah suami kerap juga turun Kajang…Nilai Neg Sembilan…. nak tengok beberapa jenis rumah yang dah siap untuk dibeli.
Suami saya cuba google di internet…jumpa sebuah rumah yang mampu beli anggaran dalam RM300K lebih….so masa ada kursus diKL suami saya mengambil kesempatan untuk melihat sendiri keadaan rumah tersebut. 
Nak jadikan cerita bila niat yang baik ni pasti ada jalan dan kemudahan. Allahu akhbar! Memang mudah! Deposit guna KWSP dan selebihnya loan dengan syarikat suami bekerja. Dah siap congak…dan yakin insyaALLAH berkemampuan bayar. 
Masa terus berlalu…Tiba-tiba selepas itu syarikat suami saya bekerja revise pendapatan kali kedua untuk tahun itu. Belum pernah berlaku dalam sejarah. Alhamdulillah kenaikan gajinya membuatkan suami lebih yakin untuk menguruskan bayaran bulanan rumah yang dah dibeli. 
Malah bukan itu sahaja, selepas beberapa bulan, mak ayah mertua pujuk kami beli sebuah lagi rumah di area Taman Melati. Ikut lojik akal memang tak lepas dan tak mampu. Tapi siapa kita nak menolak rezeki kan? Selang beberapa bulan tu kami dapat beli sebuah lagi rumah. Miracle….dalam 4-5 tahun dua rumah alhamdulillah selesai bayar. Semuanya kerja Allah.
Banyak saya belajar dari suami…bagaimana dia merai kan mak ayahnya hingga dia mendapat kedudukan yang baik dalam kerjayanya dalam syarikat beliau bekerja. 
Jadi nak lihat keajaiban dalam hidup walaupun makan gaji, sebenarnya tidak mustahil apabila kita merai kan mak ayah. Jangan takut tak cukup duit kerana duit ni Allah punya. Ya betul, bila makan gaji …gaji kita dah tetap. Tapi tak perlu risau bila beri lebih pada mak ayah…kerana ada rezeki lain Allah beri gantian.
Ramai menyangka bila makan gaji, kalau bagi mak ayah lebih nanti duit untuk komitmen bulanan akan terganggu…itu ikut akal manusia. Tapi keajaiban rezeki ni satu rahsia pada siapa yang berani usahakan. Ada aje sebenarnya jalan yang Allah aturkan menggantikan duit yang keluar tadi. Kita cuma perlu buat dengan ikhlas. 
Tanpa mak ayah kita takkan ada kat dunia. Jadi tanda terima kasih itu balaslah dengan kebaikan dan gembirakan mereka. Jika tak dapat balik kerap, telefon la dengan kerap. Supaya mereka tahu kita ambil berat dan sayang mereka. Hidup kita tak lama….sama ada mereka pergi dulu atau kita yang dijemput lebih awal. 
Pengedar Shaklee Malaysia

 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com 
Gmail : addinnasa[@]gmail.com 
 ðŸ“± Call/Whatsapp : 012-853-5689 
 ðŸŒ» Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa 
 #pengedarshakleeterengganu 
#shakleereadystock 
#ShakleeVivixkualaterengganu 
#ShakleeMalaysia
Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *