Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Tetap berjaya walaupun bermula pada usia yang lewat.

Saya kenal 20 tahun dahulu, masa memula jinak² kan dalam Shaklee. Hj Hussain dan Hjh Salwa.
Dulu kelas Shaklee dibuat setiap minggu Selasa malam. 
Siapa tak kenal Hj Hussain? Speaker tetap penyakit Gout atas pengalaman dirinya sendiri.
Kelas malam tu akan belajar sikit sebanyak tentang produk, masalah kesihatan dan marketing plan. Kekadang tu bila dah habis topik, topik lama akan jadi ulangan. Alhamdulillah berkat kelas mingguan ni la saya memahami fungsi vitamin, bisnes plan dan yang berkaitan dengan Shaklee. Belajar berulang² tanpa rasa jemu sebab kita tahu kita tak pandai jadi belajar aje la bila ada orang mengajar.


Berbalik pada cerita mereka berdua ; mereka mulakan bisnes pada usia lewat iaitu 45 tahun dan 47 tahun.

Saya jumpa zaman kegemilangan mereka masa saya baru join Shaklee. Mereka menempah kejayaan yang menjadi inspirasi setiap orang pada waktu itu. Mereka berdua naik di pentas bersama adik beradik yang sama berjaya dalam Shaklee.

Kini mereka adalah mak ayah mertua saya. Kegigihan mereka bertahan seharusnya di contohi.

Dikala bisnes mendatar, mereka terus bertahan. Bukan tak mahu mencuba bisnes lain tapi Shaklee ni menjadi pilihan utama.

Kerana apa? Kerana keberkesanan produk yang mereka dah alami.
Jika mereka ni buat bisnes hanya kerana duit, dah lama dah mereka buat bisnes lain. Sebab orang yang datang kerana duit akan pergi kerana duit.

Masih ingat lagi bila ayah mertua saya bercerita ; beliau pernah ditanya dalam satu seminar Shaklee zaman dulu², Apakah impian Hj Hussain dalam Shaklee? Beliau menjawab : Saya akan ada ramai Master dalam organisasi saya.

Kuasa Allah ; bila Allah berkehendakkan sesuatu, siapa yang boleh halang?
Selepas beberapa tahun; impian ayah mertua saya menjadi kenyataan!!!

Itulah kuasa doa tanpa prejudis. Berkat sabar bersama satu bisnes sahaja.

Sesungguhnya jangan sesekali perkecilkan kuasa doa. Ada masa rasa nak putus asa tu hanya kerana kita jauh dengan Al Khaliq. Jadi dekati Allah nescaya Allah jaga seluruh kehidupan kita.

Kejayaan tidak dapat dicipta sekelip mata. Kerana ia adalah sebuah proses.
Proses yang menjadikan kita sabar, sabar dan terus sabar dan secara langsung menjadi insan yang lebih baik dari sebelum ini.

Wallahu alam

Berminat untuk membuat pesanan ?atau
 Berminat untuk dapatkan harga lebih jimat dan kelebihan lain ? Sila KLIK SINI. 

 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
 These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Pengedar Shaklee Kuala Terengganu Berminat nak beli produk Shaklee ?
 Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ?
 Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
 Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 📱 Call/Whatsapp : 012-853-5689

 🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa
 #pengedarshakleeterengganu
#shakleereadystock
#ShakleeVivixkualaterengganu
#ShakleeMalaysia

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *