Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Adakah kita beri perhatian dalam proses pembesaran anak kita?

Semua ibu bapa melalui proses belajar membesarkan anak. Ini kerana proses ini tiada dalam buku teks sekolah. Ia adalah proses langsung dalam kehidupan. Sama ada sedar atau tidak, semua yang berlaku memberi pengajaran pada ibu ayah.

Ramai ibu ayah hari ini yang bekerja….dan adakala beberapa perkara menjadikan mereka terlepas pandang hinggalah berlaku sesuatu baru menjadikan ibu ayah sedar apa yang perlu dilakukan seterusnya.

Tumbesaran anak

Mahu atau tidak,  kita kena faham yang anak kita sedang melalui proses membesar. Berbeza dengan dewasa, proses tumbesaran bukanlah masalah utama. Maka untuk anak, ibu ayah kena alert dengan pemakaian anak termasuklah baju dan seluar/skirt  yang dipakai, pakaian dalaman dan saiz kasut dan sandal yang dipakai.

Tidaklah elok mata memandang bila anak kita memakai pakaian yang sendat. Sebenarnya dah tiba masa untuk belikan mereka pakaian yang lebih sesuai dengan umur dan saiz badan anak.
Ada ibu ayah tak ambil berat langsung dengan pakaian dalam anak mereka. Begitu juga dengan kasut yang si anak pakai.

Zaman sekarang dengan pemakanan yang diberi kepada anak membuatkan mereka cepat membesar. Maka kena alert setiap 6 bulan pakaian mereka dan keperluan asas mereka. Jangan biarkan mereka memakai pakaian yang tidak selesa agar tidak mengganggu perkembangan emosi mereka.

Keperluan lain anak….

Mempunyai anak bermakna mempunyai tanggungjawab yang sangat besar untuk mendidik jiwa manusia yang Allah anugerahkan pada ibu ayah.

Kena ambil berat benda remeh seperti cadar bilik berapa kali perlu ditukar, tuala mandi perlu berganti setiap beberapa hari, berus gigi perlu diganti bila dah tiba masa… Ada ibu yang tak sedar berus gigi anaknya sudah berkulat dengan sangat teruk. Allah….kesian si anak.

Bukan hanya fikirkan makanan si anak setiap hari ataupun pentingnya anak jadi pandai…tapi kena pastikan anak mendapat makanan yang sihat dan seimbang. Elakkan mereka terdedah dengan makanan  segera yang tidak sihat untuk mereka seperti sosej, daging burger yang dibeli, nugget ayam, maggi … kajian mendapati anak yang terdedah dengan makanan sebegini boleh mendapat 2 kebarangkalian….lebihan berat badan [ obesiti] atau terbantut.

Ibu ayah kena sedar pemakanan anak bukan sahaja mempengaruhi tumbesaran anak tetapi perkembangan otak mereka juga boleh terjejas jika tidak pastikan mereka mengambil makanan yang seimbang.

Anak kita akan mempunyai personaliti diri melalui apa yang kita bentuk mereka sejak kecil. Ibu ayah yang mencorakkan peribadi si anak. Kita sebagai ibu ayah perlu menyediakan semua keperluan si anak agar mereka sihat dari segi jasmani dan rohani.

Siapa kata mudah besarkan anak? Sebab itu apa yang kita ada sebagai anugerah dari Allah ini perlu dihargai. Ramai yang mahukan anak, tapi rezekinya belum sampai. Namun ada segelintir yang ada anak, tidak menghargai anugerah terindah ini.

Dan ibu ayah, setiap hari pastikan ada ruang khas untuk mendoakan kebaikan, kesihatan dan kejayaan anak-anak kita. Jangan biarkan hari berlalu tanpa doa untuk anak. Sebagaimana kita mendoakan mak ayah kita, maka begitulah kita kena doa untuk anak. Wallahu alam.

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Anak satu anugerah terindah.

Call/Whatsapp : 012-853-5689

 ðŸŒ» Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *