Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Hilangkan resah gelisah dan gundah gulana….

Pernah tak alami, adakala bila kita buka sahaja radio kebetulan yang keluar adalah ceramah atau kata-kata yang sangat memberi kesan di hati?

Atau adakala kita belek buku, kita terjumpa perenggan yang menarik untuk kita fahami atau amalkan?

Ya sebenarnya setiap hari kita mendapat “reminder” dari Allah….cuma sama ada kita sedar atau tidak.

Jika kita sedar, alhamdulillah. Kita beroleh sesuatu yang bermanfaat. Jika tidak semua reminder itu hanya akan berlalu pergi begitu sahaja.

Hari ini, saya dapat satu ayat Quran dari ceramah yang disampaikan oleh ustazah Asma Harun. Antara ayat yang beliau kongsikan melalui pengalaman beliau sendiri….

Alhamdulillah mudah untuk dihafal kerana pendek, dan maknanya cukup mendalam.

Bagi yang menghadapi ketakutan, hati gundah gulana, resah gelisah… Banyakkan istighfar dan bacalah ayat ini. Semoga Allah menjaga semua urusan kita dengan lebih baik.

Wallahu alam.

 ðŸŒ» Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *