Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Wanita melalui monopause, lelaki mengalami?

Wanita sedia maklum pada satu peringkat umur mereka akan melalui satu fasa dalam hidup mereka iaitu monopause. Perubahan hormon ini sedikit sebanyak menjejaskan kesihatan wanita dari segi fizikal dan mental.

Apabila wanita memasuki fasa ini, rata-rata mereka mudah letih, sedikit moody dan ada yang cuba mengasingkan diri buat seketika untuk melalui peringkat ini. Oh tapi bukan semua wanita sama. Bagi mereka yang memang aktif bersukan, bersenam dan menjaga pemakanan dan cara hidup mereka, kemasukan fasa monopause mungkin tidak menjejaskan kesihatan mereka secara ketara ini kerana mereka sentiasa usaha mengekalkan kesihatan pada tahap optimum.

Bagaimana dengan lelaki ye? Lelaki juga mengalami satu frasa dalam  hidup mereka selari dengan faktor umur yang meningkat. Ya jika wanita mengalami monopause, maka golongan lelaki mengalami Andropause.

Hakikatnya penurunan testosteron berlaku secara beransur-ansur yang dialami lelaki `berumur 30 tahun ke atas.

Gambarajah di atas menunjukkan hormon testosteron lelaki semakin menurun selari dengan peningkatan usia mereka.

Apabila ini berlaku, kesihatan fizikal dan mental turut terjejas…antaranya ;

Jisim otot berkurangan

✔ Ketumpatan tulang berkurangan

✔ Lemak badan bertambah

✔ Kurang bertenaga

✔ Nafsu semakin rendah

✔ Perubahan emosi

✔ Mudah letih

Maka pentingnya amalan pemakanan yang seimbang, cara hidup yang sihat dengan bersenam dan bersukan dan persekitaran yang sihat.

Nak tahu supplement yang penting untuk kekalkan vitality? Nanti saya share dalam next entry ya. stay tune!

📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *