Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Shaklee Miri : Dia pikat saya dengan ESP

Setiap orang punya cara tersendiri nak pikat hati orang tersayang… dan untuk saya pastinya kenangan zaman U paling banyak tersimpan dalam memori ini. Orang lain maybe dapat bunga tapi saya…suami saya pikat dengan ESP Shaklee!!!!

Saya memang seorang yang aktif dalam projek kolej. Memang minat jumpa orang, dan biasanya saya adalah bahagian tajaan. Alhamdulillah setiap projek kolej saya usahakan dapat tajaan dari badan2 besar dan alhamdulillah tiada yang menghampakan.

Atas dasar inilah kami akan berkawan dengan senior2 kolej dan supper sama-sama dengan mereka.

Bermula dengan projek-projek kolej saya mengenali suami saya… habis meeting atau habis belajar kami akan makan untuk supper lebih kurang jam 11 malam. Kami makan ramai2 dengan geng projek atau geng study. Pastinya Faiz roomate saya sentiasa menjadi peneman saya.

Faiz, Saya dan Azrin.

Bila kenang balik cara makan di kampus dulu.. makan jam 11 malam …hari hari pulak tu. Nasib lah badan tak naik!
Bermula pada satu malam Faiz kena senggugut yang teruk. Mulalah sesi kami kenal dengan Shaklee…bila abang Naquib [ senior projek] buka cerita tentang bagusnya kalsium. So Faiz ni pun beli dan jadi ahli.

Waktu yang sama sejak dari itu, abang Naquib akan bancuhkan milo saya dengan ESP. ESP itu abang bawak dari rumah diletakkan dalam botol vitamin yang kosong. So ia akan dituangkan dalam minuman saya boleh kata setiap malam selepas kami dikenalkan tentang Shaklee.

Mulalah rasa cemburu sebab abang tak ajak saya join member! Apa alasannya? Takkan nak amik kesempatan kat girlfriend? Hmm oklah. Selepas beliau habis belajar dan nak masuk alam kerja, saya decided nak join member. Dan pastinya abang belanja!

Siapa sangka sebab bancuhkan ESP dan milo setiap malam itu benar2 dapat pikat hati saya untuk setia dengan Shaklee sehingga hari ini!

Oh ya, kenapa sebenarnya abang bancuh ESP dan milo tu? Sebab dia tahu saya sering kena migrain. Menurutnya ESP membantu penghasilan sel yang sihat. Kita masa tu bukannya student Medic, tak amik port sangat…cuma yang pasti nak sihat.

Alhamdulillah dah jarang sangat kena migrain dan paling pasti bertahun saya tak makan panadol!

Alhamdulillah sampai sekarang kami minum ESP dan anak-anak pun menjadikan ianya habit minum sebelum ke sekolah dan sebelum tidur.

Kami memang amalkan dan sangat suka dengan ESP. So anda yang nak cuba amalkan pemakanan sihat should try ESP !

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. COD Shaklee Miri. Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui

Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
 Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Read more www.anakkuwiraku.com

One thought on “Shaklee Miri : Dia pikat saya dengan ESP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *