Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Ramadhan terakhir bersama abah.

Masih ingat lagi tahun tu….memandangkan saya anak pertama Abah yang masuk U, so sebagai seorang abah yang very protective …beliau akan datang ke U boleh kata setiap minggu atau setiap dua minggu.
Bila abah ajak balik Muar, saya akan suarakan hajat saya nak balik Muar naik bas. Abah selalu cakap…” Tak pe, selagi abah ada, abah akan amik Nor dan abah akan hantar semula ke U”.
Setiap kali abah amik saya pasti akan suarakan impian saya nak balik kampung naik bas dengan kawan-kawan.

Pada bulan Ramadhan tahun 1997 adalah kali terakhir abah jemput saya untuk balik kampung…Muar.

Masa tu abah jemput untuk balik cuti Raya. Kami sembang seperti biasa dalam kereta sepanjang perjalanan balik ke Muar.

Pada hari raya pertama [ malam hari kedua] semuanya bermula…abah diserang sakit angin ahmar. Mungkin sebab darah tinggi abah naik dan ada salur darah yang pecah di otaknya. Abah dimasukkan hospital selama 2 minggu….dan selepas itu ALLAH lebih menyayanginya….abah pulang ke rahmatullah pada  Februari 1997.

Selepas dari itu, tiada lagi jemputan abah …… saya terpaksa pulang ke Muar naik bas bila cuti semester. Percaya tak, setiap kali naik bas, hati saya pasti akan menangis sayu teringat kata-kata arwah abah.        ” Tak per, selagi abah ada, abah akan amik Nor dan abah akan hantar semula ke U”.

Tapi kini abah telah tiada….dan saya rasa sedih dan terkilan sangat. Bila dah kena naik bas, baru sedar bukannya best pun. Kena amik tiket kat stesen bas Pudu yang ramai orang. Bila balik ke KL pula, akan menempuh jem yang teruk nak masuk stesen bas Pudu dan kena amik bas lain ke U. Kalau ada duit lebih baru naik teksi tapi jarang la sebab takut naik seorang.

Setiap kali Ramadhan….saya pasti teringat Ramadhan terakhir saya dengan abah.

Walaubagaimanapun, saya tahu ALLAH lebih menyayangi arwah. Moga arwah sentiasa tenang di sana. Doa saya setiap hari malah doa saya sepanjang mengelilingi Kaabah semasa umrah ialah semoga ALLAH mengampunkan dosa kedua ibu bapa saya dan semoga ALLAH menempatkan mereka ke dalam syurgaNYA.

Syukur saya dapat suami yang juga very protective. Sebab tu saya ke mana2 [ perjalanan jauh] saya pastikan bersama suami. Oleh sebab ini juga saya tidaklah selalu dapat buat training biz tanpa jadual yang betul2 rapi dimana saya perlu pastikan suami saya ada bersama. Saya taknak lakukan kesilapan kali kedua. Suami saya juga rasa tenang bila beliau berada di sisi kami sepanjang travelling. Bila suami tiada, saya banyak habiskan masa bersama anak2 di rumah. Nampak macam kuno tapi saya juga nak suami saya tenang sepanjang kerja di laut. Jika nak ke bandar saya akan hantar email/ panggilan ke laut untuk memaklumkan saya nak ke bandar bawa anak2 mencari keperluan kami di darat dan dapatkan restu serta doanya.

Alhamdulillah dapat mak yang sangat memahami. Mak kata isteri memang tempatnya di sisi suami.

Hakikatnya kita perlu hargai segala yang kita ada sekarang. Harta utama ialah suami dan anak2 serta keluarga.

Al fatihah untuk arwah abah…Mohd Idris Abd Rahman….semoga abah ditempatkan dalam golongan hamba yang dikasihi di sisiNya. Amin.

 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *