Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Bayi akan mengempeng di awal kelahiran?

Untuk pengetahuan bakal – bakal ibu atau sesiapa yang baru menjadi ibu, sebenarnya bayi yang baru lahir atau berusia sebulan ke bawah memang normal la kalau kerap menyusu. Purata kekerapan bayi yang baru lahir menyusu ialah 8-12 kali sehari. Qaireen dulu kadang2 belum sampai 2jam dia dah nak susu.

Pada minggu-minggu pertama mungkin ibu-ibu akan merasakan bayi menyusu agak kerap dan keadaan ini akan meletihkan ibu. Ia adalah perkara normal sebelum bayi menunjukkan pola penyusuannya selepas usianya sebulan. Malah perkara ini harus diterima positif oleh ibu kerana ini menandakan keperluan bayi untuk menyusu tinggi maka ia akan menghantar isyarat ke otak bahawa penghasilan susu ibu harus ditingkatkan. Susukan bayi sebelum dia menangis. Pada hari-hari awal kelahiran, biasakan rutin menyusu setiap setengah jam. Ingat lagi entry mama sebelum ini. atasi susuibu kurang di awal kelahiran?

Sesetengah ibu yang baru melahirkan berpendapat bahawa susunya tidak mencukupi sebab itu bayi asyik melekap lebih-lebih lagi apabila orang di sekeliling pun sentiasa bertanya soalan seperti itu. Mama dulu pun dah pernah kena, mmg kadang – kadang tu tak tahan kita mendengar. “eh anak ko ni lamanya menyusu” 

Kita harus tahu tentang konsep demand and supply dalam proses menghasilkan susu. Jangan risau selagi bayi menyusu susu akan tetap terhasil, abaikan sahaja soalan-soalan sebegini dan tak perlu nak stress untuk berhujah panjang lebar untuk meyakinkan pendapat orang lain bahawa kononnya susu kita tidak cukup.

Mama faham sekiranya ibu – ibu akan mula terasa sakit badan disebabkan keletihan dan sebagainya. So pastikan ibu – ibu dapat rehat yang secukupnya, kalau boleh biarlah suami atau ahli keluarga yang buat kerja rumah. Bila anak tidur ibu pun tidurlah juga, ini kerana masa bayi tidurlah ibu dapat berehat! sekiranya ibu tidak dapat rehat dengan secukupnya, ia akan mengundang stress dan tekanan lantas mengganggu proses penghasilan susu.

Breast anatomy
Sekiranya sterss, hormon – hormon yang dikeluarkan semasa stress itu tadi akan menyebabkan hormoh oksitosin dihalang pengeluarannya. Hormon oksitosin ini merupakan hormon yang penting untuk pancutan susu keluar dan bertindak pada otot yang mengelilingi sel di alveoli lalu menolak susu dari alveoli ke duktus untuk dikeluarkan melalui puting.

Pastikan juga si ibu memperbanyakkan minum air masak dan makan makanan yang berkhasiat untuk menampung keperluan kalori yang hilang semasa proses penyusuan. Pengambilan vitamin,kalsium dan zat besi seperti waktu hamil juga digalakkan. Kalau orang tua bising kita minum banyak air masak. Better buat macam ni. Isi air masak dalam bekas, lepas tupperware lepas tu minum sikit – sikit. Janganlah minum sekali gus banyak – banyak.


Sekiranya ibu – ibu sudah berniat dan berazam dalam diri untuk menyusukan bayi sebaik sahaja lahir maka kita seharusnya bersedia dari segi mental dan fizikal. Redha dan ikhlaskan diri sekiranya terpaksa melalui keadaan yang meletihkan dan sebagainya. Memang pelbagai dugaan dan rintangan yang harus kita lalui, Sememangnya seorang ibu itu diciptakan untuk menjadi tabah maka rungutan takkan menyelesaikan masalah. Bersabarlah dan banyak berdoa disamping teruskan usaha dan jangan sesekali untuk merasa bersalah atau putus asa jika gagal menyusukan anak sepenuhnya. 

Sebenarnya bayi kita yang suka melekap dan kerap managis itu, sebab mereka baru nak sesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Ialah 9 bulan dia di dalam perut kita. Dulu dunianya sempit, gelap dan sunyi..kini lapang, cerah dan begitu bising! Dia memerluakan tempat untuk dia berasa tenang dan nyaman. Sebab tu dia mahukan dakapan dari kita, tambahan pula bila dapat mendengar degupan jantung ibu kita, tentu dia berasa selamat. 

credit

Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *