Adakah situasi ini pernah terjadi pada anda?
“Oh kecewanya aku ,semua susu dalam fridge semuanya basi sebab black out masa aku tinggalkan rumah.”
Dalam bahasa yang penuh berkhemah dapat kita katakan…tiada rezeki si anak.
Namun pada saat ini hati si ibu remuk berkecai kerana usahanya selama ini menjadi sia2….
Bagi yang kuat dan kental semangatnya….ia akan memulakan semula usaha pengumpulan dari sifar.
Bagi yang lemah semangat pula…niatnya menyusukan anak terhenti setakat di situ sahaja. Letih katanya untuk mulakan semula.
Jika mengikut arwah abah dulu…inilah pentingnya amalan2 baik kita dengan tuhan seperti mengaji, berzikir dan bersedekah. Inilah amalan2 sunat yang digalakkan kita jadikan amalan seharian agar rezeki itu sentiasa diberkati.
Dugaan yang dilalui si emak tadi ni adalah sebagai tanda peringatan agar kita lebih mengingatiNya. Mungkin kita terlalu mengutamakan duniawi maka ujian itu sebagai kifarah dan agar kita pulang ke pangkal jalan. Rata2 kita solat tak sampai 5 minit, habis beri salam, terus lipat sejadah dan telekung. Kita LUPA untuk berzikir memujiNya dan memohon berdoa mengharapkan KEREDHAANNYA.
Apakah amalan yang membantu rezeki itu lebih berkat? Antara yang disarankan ialah
Amalkan solat sunat seperti Dhuha – barangsiapa yang tahu berkat solat sunat Dhuha itu nescaya walau sakit sekalipun ia akan merangkak untuk menunaikannya.
Janganlah mencari alasan tiada masa kerana Allah tetapkan 24jam itu aturan yang terbaik, balik pada diri bagaimana kita menguruskannya. Jika kita punya masa untuk buat kerja yang BOS di opis beri, maka kita juga perlu meletakkan masa dan hak kita sebagai hamba kepada PENCIPTA.
Bak kata Dato’ Fadilah Kamsah…tak kiralah agama apapun kamu…berdoa itu sangat penting untuk berjaya apa jua yang diceburi. Maka peruntukkanlah masa untuk berdoa selepas solat kerana sesungguhnya doa itu dapat mengubah dunia. Percayalah…..
Salam sayang dari ibu
InsyaAllah…
Thanks ibu atas peringatan di entry nih. InsyaAllah
owh saya suka baca blog kak n ni….penuh dengan informasi dan amalan2 kerohanian…terima kasih kak untuk sume knowledge ni..even saya dah tak breastfeed sekarang saya akan guna sume informasi ni for the next nanti…