Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Kita fikirlah sendiri…..

Semalam semasa berjalan mengambil angin petang bersama suami dan anak, kami melepasi sebuah kedai yang mungkin juga menjual barangan kesihatan. Namun apa yang menarik perhatian saya ialah tentang quote yang dibuat oleh pemiliknya mungkin. Ia berbunyi “ if you think wellness is expensive, try illness”.
Saya membacanya untuk tatapan suami saya dan katanya memang benarlah apa yan tertulis terutama dengan orang yang mengambil remeh tentang kesihatan.Uniknya perkataan dalam bahasa Inggeris ini mudah difahami namun untuk mendapatkan translation yang benar-benar baik dalam bahasa kita sangat sukar atau dengan erti kata lain, kurang jelas.
Quote itu sebenarnya pada pandangan saya cuba menerangkan bahawa ada sesetengah individu yang bersikap sangat berkira dengan kesihatan baik untuk dirinya mahupun untuk keluarganya namun apabila ditimpa musibah, barulah ubat yang beribu ringgit akan dikatanya murah. Ada golongan dalam teman-teman saya yang bersikap demikian. Beliau adalah orang yang percaya dengan meal seharian sudah mencukupi, namun apabila anaknya diserang penyakit sehingga beliau perlu mengeluarkan ratusan duit untuk ubat-ubatan, akan dikatanya pula klinik Dr si anu baguslah ubatnya lebih murah dari klinik lain. Walhal jika duitnya itu diperuntukan untuk membeli supplement atau sekurang-kurangnya membeli penapis air di rumah adalah lebih memadai. Namun setiap orang mempunyai hak ke atas wang dan kesihatannya. Akhir kata, marilah kita muhasabah diri kita demi kebaikan diri dan keluarga kita. Sekian , wassalam.

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *